
|
The Big Boss! ![]() Budak Pendek Comel ♥ ![]()
| Mengapa Menyembah Kaabah?
S: "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" T: "Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" S: "Baitullah tu apa?" T: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah" S: "Allah ada dalam tu?" T: "Tak....." S: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" T: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.." S: "Kamu sembah apa?" T: "Saya sembah Allah swt" S: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?" T: "Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.." S: "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.." T: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?" S: "Pernah...... selalu.." T: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?" S: "Tengok perlawanan bola la.." T: "Di mana?" S: "Dalam tv la.." T: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.." "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.." T: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.." S: "So..?" T: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?" S: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.." T: "Peliknya.." S: "Sebab apa pulak pelik?" T: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.." S: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.." T: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?" S: "Ya.. tak pelik.." T: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.." |